Hari ini dah masuk 30 Julai 2013, bermaksud tinggal sehari sahaja aku bekerja di USIM. Banyak kenangan manis dan pahit. Aku akan buat full time Program My Kad Smart Shopper ni. Tujuan aku berhenti disebabkan terlalu tertekan dengan kerja di department sekarang. Ramai kawan-kawan cakap, lebih kurang macam ni..... "Ha...tu la ipin, elok-elok keje Pembantu Am Pejabat, ko gatal2 mintak Pembantu Tadbir. Dah dapat jawatan tu, kene plak kat tempat yang sibuk@buzy.....sekarang nak berenti plak". Bukan sorang cakap macam tu...ramai ooo. Berita aku berenti dari USIM ni dah ramai yang tahu. Tapi kat bahagian lama aku dulu ramai yang belum tau. Sebabnya hari Jumaat time sebelum/selepas Solat Jumaat, ada gak jumap member tempat kerja lama. Tapi diorang tak cakap pasal aku nak berenti...maknanya diorang tak tau la tu. Kalau aku jumpa budak2 yang keje kat dalam kampus ni...asal jumpa je mesti cakap camni "OOOOO.....bukak bisnes ye.....patut la nak berenti, lepas ni ko pakai kereta Merz la". Amin..Ya Rabbal 'Alameen kepada kawan2 yang mendoakan kejayaan aku.
Bercerita pasal bisness My Kad Smart Shopper, dah ramai kawan-kawan aktifkan My Kad secara percuma sama ada secara direct dengan aku mahupun aktifkan di dalam blog ini. (Cuba tengok kat "PELUANG KEEMASAN' kat muka depan blog aku tu). Sabtu lepas aku dah berjaya melantik seorang agen. Alhamdulillah. Ni baru buat keje secara part-time. Bila dah full-time, makin ramailah nak jadi agen/dealer nanti. Selain itu, aku ada juga berbincang dengan kedai jual baju kat Pedas, Rembau untuk aktifkan kedai dia. Dia tengah berbincang dengan suami dia. Nanti aku akan follow up macam mana.
Inilah gambar agen baru aku iaitu Kak Olly dari Podeh...Lepasni kita akan bergerak bersama-sama team Seremban/n9 khususnya untuk mempromosikan Program My Kad Smart Shopper ni.
Kak Olly dari Podeh, Rombau....Most Wanted telah sah menjadi Agen Affiliate Junction yang membuat Program My Kad Smart Shopper pada 27 Julai 2013
Kepada kawan-kawan yang mahu aktifkan My Kad anda secara percuma....sekaranglah masanya.... jumpa lagi
No comments:
Post a Comment