Assalamualaikum semua!
Hari ini 7 Ramadhan 1434H. Maksudnya kita telah seminggu berpuasa. Bagaimana dengan puasa anda? Adakah anda sekadar berpuasa sahaja tanpa mengejakan perintah-NYA iaitu solat lima waktu. Tepuk dada tanya iman. Orang kata kubur lain-lain. Alhamdulillah. Aku suka dengar jawapan tu. Elok kubur asing-asing. Sendiri punya dosa, sendiri tanggung haa…..Aku pun takde la perfect sangat. Tapi dalam perjalanan untuk mencukupkan solat lima waktu sehari semalam.
Alhamdulillah, bulan puasa ini disambut secara sederhana. Sahur dan buka puasa tidak berlebih-lebihan. Tak baik membazir. Kita seringkali ikut nafsu. Bila beli juadah di Bazaar Ramadhan tu sampai tak cukup tangan nak bawak. Silap-silap pakai bibir je nak beli juadah lain plak… panjang muncung tu….boleh buat sangkut periuk…hahahahaha.
Bercerita tentang Program My Kad Smart Shopper, Alhamdulillah… terima kasih kepada pengunjung blog ini yang telah mengaktifkan My Kad anda secara PERCUMA di blog saya. Ramai juga yang baru mengetahui akan keistimewaan program ini. Siapa taknak dapat diskaun apabila mengunjungi kedai-kedai yang telah berdaftar dengan My Kad Smart Shopper Program (MSSP).
Ramai juga sahabat yang telah mengaktifkan My Kad mereka bertanya kepada saya, kenapa di N.Sembilan ini tak banyak kedai yang mendaftar untuk Program MSSP ni. My Kad dah aktif dah. Ramai yang tak sabar-sabar nak berbelanja untuk dapatkan diskaun disamping dapat point. Ni nak cerita. Bila kita dah berbelanja di kedai-kedai yang mendaftar dengan program ini, setiap kali kita berbelanja, kita akan dapat point tau….Ramai yang bertanya….APA??? My Kad pun boleh dapat point ke? Saya kata ‘ya’. Begitu bergunanya My Kad kita ni. Lebih kurang macam Bonus Link Card la.
Oleh itu, kepada sesiapa yang kenal dengan tauke kedai makan, kedai runcit, kedai dobi, kedai tudung dan mana-mana tauke kedai, tolonglah recomand kan saya sebagai DEALER AFFILIATE JUNCTION, MY KAD SMART SHOPPER. Bila mereka aktifkan kedai, barulah kita yang tinggal di N.Sembilan ni dapat berbelanja dan menerima diskaun. Nama & no. telefon saya ada di dalam blog ini. Cari la sendirik…hahahaha… Jangan korang rekemen kat tauke rumuh urut dan sewaktu dengannya sudahla. Nanti tak pasal-pasal aku ni jadi PEMEGANG SAHAM NERAKA TERBESAR PLAK.
Kepada orang yang bukan berasal dan tinggal di N.Sembilan, jangan terasa hati. Boleh je layan blog ni. Dah aku orang N.Sembilan, aku kene cerita pasal Negeri aku la. Kalau aku melancong kat negeri-negeri lain, aku kreditkan nama negeri yang aku kunjungi. Kalau nak tahu kedai-kedai mana yang mengambil bahagian dalam Program MSSP ni, layari www.mykad.aj.my, pastu pergi ke Participating Merchants. Dah banyak kedai oooo. Sekian untuk hari ini. Wassalam.
TAJUL ARIFFIN BIN SULAIMAN ~Ipin Podeh@Rembau Most Wanted.
1 comment:
Salam..
Oo org podeh gak ke?sekampung lah kt..
Thx for recommend ur blog ya.
Post a Comment