Wednesday, 7 August 2013

SALAM AIDILFITRI 1434 H

Assalamualaikum semua. Masa yang di tunggu-tunggu telah tiba akhirnya. Aidilfitri yang mulia menyemarakkan lagi hidup aku. Kemenangan setelah sebulan berpuasa amat dirasai. Pejam celik, pejam celik, sudah 24 tahun aku telah berpuasa penuh semenjak tahun 1989. Ketika itu aku dalam darjah 2. Cuba teka berapa umur aku sekarang.

Ok!Ok!Ok! Macam biasa....lorghat n9 dah sampai. Sepo tak paham, tanyo lah orang-orang yang paham yo. Hari mantai ni keluargo mertuo eden buek lomang, ponganan, rondang, nasi impit dan macam-macam laie. Eden pun ado la tolong kacau ponganan sambil tolong sikit-sikit baka lomang. Memang ponek, raso nak ajo batalkan poso ni. Tapi, disobabkan koimanan yang agak kuek, eden berjayo monahan lapa dan dahago. Malu la orang jantan tak poso, takat ponek sikit dah mongalah. Kito konolah zikir, baco apo yang patut. Baru ado somangat.

Toringek tahun lopeh di mano eden molomang dongan keluargo eden. Tapi tahun ni tak dapek la, sobab apo? Sobab kakitangan tak cukup. Akak-akak eden dokek rumah mortuo masing-masing. Kalau ado joki, tahun dopan la yo.

Ni adolah gamba-gambar eden molomang dan ngacau ponganan. Sajo jo upload gamba ni. Don't be jealous. (Eden leh yo speaking sikit-sikit)

 a) Mongacau Ponganan.
"Bang....kacau boto-boto yo", kato Merah (Takdo dalam gamba) kepado eden


b) Bakar Lomang
Paneh oooooo.......


Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin andaikata kata tersilap kata, minta halalkan apa yang termakan, terminum, terambil barang-barang sama ada sengaja atau tidak sengaja. Segala kesalahan anda telah saya maafkan.

P/S:Macam biasa la...kepada kawan-kawan, minta tolong kempen Program My Kad Smart Shopper semasa berkunjung ke rumah sanak-saudara. Kempen sebagai PENGGUNA sahaja. Apa-apa hal, boleh register secara PERCUMA di blog ini. Pergi ke PELUANG KEEMASAN. Ada borang disitu. Isikan borang tersebut dan tekan 'submit'. Insyaallah saya akan e-mel  notification kepada sesiapa yang register. 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


No comments: